https://photos.app.goo.gl/8vzQPSdnUBSFbzQ97
Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua warga KMJ💐
Unit Pusat Sumber mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan, Pensyarah & Anggota Kumpulan Pelaksana atas sokongan, kehadiran serta penyertaan sepanjang dua (2) hari Karnival Membaca KMJ dilangsungkan. 👏🏻👍🏻
Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang-pemenang aktiviti karnival yang telah dianjurkan. 👏🏻🌹
Mohon maaf atas sebarang kekurangan yang tidak disengajakan 🙏🏻😉. Semoga berjumpa lagi di lain program pada masa hadapan.
Bersyukur kini kami panjatkan
Sempurna sudah majlis dirai
Terima kasih kami ucapkan
Karnival Membaca mengundurkan diri
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan
Unit Pusat Sumber
Kolej Matrikulasi Johor