- Melaksanakan pengurusan dan kepimpinan yang berkesan
- Meningkatkan kompetensi pensyarah ke arah pembelajaran abad ke-21
- Menyediakan lulusan Program Matrikulasi yang berkualiti bagi memenuhi keperluan IPTA
Umum
- Butiran
- Ditulis oleh pentadbir
- Kategori: Umum
- Jumlah paparan: 112
LAGU PERSADA GEMILANG
Kami generasi harapan
Menjunjung citra mulia
Berdisplin Ketrampilan
Mercu tanda kejayaan
Perkasakan jatidiri
Cemerlangkan akademik
Iltizam menuju jaya
Ikrarku padamu
Kolej Matrikulasi Johor
Wahana ilmu berzaman
Majulah bangsa dan negara
Tuhan berkatilah
Bersamalah dijayakan
Wawasan negara murni
Aspirasi kolej dihayati
Persada ilmu gemilang
- Butiran
- Ditulis oleh pentadbir
- Kategori: Umum
- Jumlah paparan: 1028
- Butiran
- Ditulis oleh pentadbir
- Kategori: Umum
- Jumlah paparan: 297
PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga Kolej Matrikulasi Kelantan,
Dengan Penuh Tekad dan Iltizam Berikrar dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga dan Usaha Kami Untuk:
- Memastikan setiap pelajar yang telah mendaftar mendapat bilik penginapan yang lengkap, bersih dan selamat didiami pada hari pendaftaran.
- Memastikan jadual waktu disampaikan kepada setiap pelajar pada akhir sesi Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB).
- Memastikan dewan kuliah, bilik tutoran, makmal, perpustakaan dan perkakasan bahan bantu mengajar boleh digunakan.
- Memastikan kemudahan kokurikulum dan rekreasi pelajar berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
- Memastikan setiap pelajar mendapat tempat untuk menduduki ujian dan peperiksaan.
- Memastikan urusan perjawatan dan perkhidmatan kakitangan dilaksanakan dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan urusan berkenaan.
- Memastikan semua pelawat Kolej Matrikulasi Kelantan diberi layanan dalam tempoh lima belas minit.
- Butiran
- Ditulis oleh pentadbir
- Kategori: Umum
- Jumlah paparan: 1729
-
Pengarah
MUHAMAD FARIQ BIN CHE MEE
Emel :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. -
Timbalan Pengarah
SAIPUDIN BIN HASNON
Emel :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
-
MOHD ANUAR BIN ALI
Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar
Emel :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. -
SAZUARANIE BIN HANAPIAH
Ketua Jabatan Matematik
Emel :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. -
WAN MOHD IZNI BIN W.A. LAH
Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial
Emel :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. -
MOHD ZAMANURI BIN MOHD SUHAIMI
Ketua Jabatan Sains
Emel :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Butiran
- Ditulis oleh pentadbir
- Kategori: Umum
- Jumlah paparan: 680
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Kelantan
MUHAMAD FARIQ BIN CHE MEE
Pengarah Kolej Matrikulasi
- Butiran
- Ditulis oleh pentadbir
- Kategori: Umum
- Jumlah paparan: 509
-
Visi
Kolej Matrikulasi Kelantan menjadi institusi pendidikan unggul
-
Misi
Mewujudkan Kolej Berkesan dalam Membangunkan Potensi Pelajar Melalui Pendidikan Berkualiti
-
Moto
Sederap Memacu Keunggulan
-
Objektif
- Butiran
- Ditulis oleh pentadbir
- Kategori: Umum
- Jumlah paparan: 850
Sejarah Kolej Matrikulasi Kelantan
Tanggal 5 Ogos 2012 merupakan tarikh pertama bermulanya peristiwa pra pengoperasian Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt). Pada tarikh ini, beberapa orang pegawai dari Bahagian Matrikulasi dan wakil pasukan task force telah berjumpa dengan pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh bagi memaklumkan penempatan pasukan task force untuk persediaan awal pengoperasian KMKt. Beberapa tempat telah dicadangkan oleh KSU untuk dijadikan pejabat sementara KMKt antaranya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Selising, Pejabat Pendidikan Daerah P.Puteh dan Pejabat Pelajaran Negeri Kelantan.
Setelah mendapat kelulusan daripada Pejabat Pendidikan Negeri Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh dengan persetujuan Sekolah Menengah Kebangsaan Selising, tarikh 19 Sept 2012 menyaksikan pergerakan pasukan task force ke pejabat sementara KMKt di Sekolah Menengah Kebangsaan Selising bagi memulakan pengoperasian KMKt.
Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) dijadualkan beroperasi pada bulan Mei 2013 dengan bermulanya sesi akademik 2013/2014. Walaubagaimanapun oleh kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, KMKt tidak dapat beroperasi seperti yang dirancang menyebabkan seramai 700 orang pengambilan pelajar sulungnya terpaksa ditempatkan di lima buah kolej matrikulasi iaitu Kolej Matrikulasi Johor, Kolej Matrikulasi Pahang, Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Selangor dan Kolej Matrikulasi Perak.
Projek KMKt telah diluluskan dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe9) dan mula dibina pada 6 Oktober 2009 dan merupakan kolej matrikulasi ke-14 di seluruh Malaysia di bawah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) adalah projek KPM yang dikendali dan dipantau oleh Jabatan Kerja Raya Kelantan (JKR).
Kampus KMKt terletak di kawasan seluas 100 ekar yang terletak diatas Lot 3317 Mukim Bukit Merbau, Daerah Bukit Jawa, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim. Lokasi kampus ini ialah 7 KM dari pekan Kok Lanas, 18 KM dari pekan Pasir Putih, 30 KM dari bandar Machang dan 26 KM dari bandar Kota Bharu,
Kedudukannya berhampiran dengan beberapa institusi pendidikan seperti Kolej Komuniti dan Politeknik, juga berhampiran dengan Kem Desa Pahlawan serta dikelilingi oleh beberapa bandar utama negeri Kelantan.
KMKt boleh menempatkan seramai 2,000 orang pelajar pada satu-satu masa di 4 blok kediaman (2 blok bangunan lagi bakal dibina dalam fasa kedua pembangunan KMKt) yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik penginapan pelajar, bilik bacaan, bilik sembahyang serta bilik rekreasi. Di blok kediaman pelajar terdapat 4 kafeteria yang akan memberikan perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelajar.
Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat 2 buah dewan kuliah besar dan 4 buah dewan kuliah kecil yang dilengkapi dengan peralatan Komputer, LCD, skrin, sistem audio dan lain-lain peralatan yang diperlukan. Dewan kuliah ini mampu memuatkan antara 150 – 250 pelajar untuk setiap dewan. Sebuah Pusat Sumber dua tingkat dilengkapi dengan kemudahan seperti ruang membaca umum, ruang membaca individu, ruang santai, bilik perbincangan, siber remaja, bilik tayangan, ruang koleksi rujukan dan lain-lain serta dilengkapi juga dengan 7 makmal komputer dan 3 makmal bahasa disediakan dengan talian internet, WiFi dan lain-lain peralatan.
KMKt juga bakal menyediakan perkhidmatan lain dengan caj yang berpatutan seperti perkhidmatan dobi, percetakan, kedai runcit, kedai alat tulis, perkhidmatan bank (ATM) dan TASKA untuk anak-anak pensyarah dan kakitangan bagi memudahkan pensyarah dan kakitangan mendapat perkhidmatan penjagaan anak-anak mereka semasa mereka bekerja.
Kok Lanas, sebuah pekan kecil merupakan pekan terdekat dengan kampus KMKt (7 km) pada kedudukan 5.906763, 102.237725 adalah bandar yang sedang pesat membangun akibat limpahan pembangunan yang rancak di sekitarnya. KMKt telah beroperasi sepenuhnya pada pengambilan pelajar sesi 2014/2015 dengan kemasukan pelajar seramai 1100 orang.
- Butiran
- Ditulis oleh pentadbir
- Kategori: Umum
- Jumlah paparan: 182985
KARNIVAL KMKt 2026
WARNA WARNI PITRAM UNISZA 2026
-
Pitram 1
-
Pitram 2
-
Pitram 3
-
Pitram 4
-
Pitram 5
-
Pitram 6
-
Pitram 7
-
PELAJAR KMKt
- Delima 2.0
- Semakan Keputusan PSPM
- Kalendar Akedamik
- Capaian WIFI
- Online Resource Center (ORC)
-
WARGA KMKt
-
PAUTAN PANTAS
-
PORTAL PEMBELAJARAN
GALERI ALBUM KMKt
-
Matrix Fun Run 2025 | 23 Ogos 2025
-
Kembara IoT JSK USK dengan Kerjasama
Pusat Islam & AlumniSERATAS8892
23 - 25 April 2025 -
Sinergi Inkubator STEM (BM - BLTVM)
SMT Kuala Terenganu | 12 April 2025 -
We Care We Love | 27 Mac 2025
-
AhlanWaSahlanBos Holiday Villa | 20 Feb 2025
-
RECSAM | 22 - 23 Oct 2024
-
Teambulding Redang USK | 2024
-
Dronatrix Sarawak | 7 - 10 Mac 2024
-
Apresiasi Jabatan Matematik | 16 Mac 2025
-
Team Building Jabatan Matematik | 6 Ogos 2025
-
Bangunan Pentadbiran
-
Bilik Hibrid
-
Makmal Sains
-
Dewan Kuliah
-
Kafetaria
-
Pusat Sumber
-
Surau
-
Bangunan Tutoran
-
Koperasi
-
Kolej Matrikulasi Kedah
-
Kolej Matrikulasi Perak
-
Kolej Matrikulasi Melaka
-
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
-
Kolej Matrikulasi Perlis
-
Kolej Matrikulasi Pahang
-
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
-
Kolej Matrikulasi Selangor
-
Kolej Matrikulasi Labuan
-
Kolej Matrikulasi Sarawak
-
Kolej Matrikulasi Kelantan
-
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
-
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
-
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
-
Kolej Mara Kulim
-
Kolej Mara Kuala Nerang
-
Kolej Matrikulasi Kedah
-
Kolej Matrikulasi Kedah