Skip to main content

Unit Psikologi & Kaunseling

Karnival Pendidikan Dan Kerjaya Kolej Matrikulasi Johor 2024


Karnival Pendidikan dan Kerjaya Peringkat Kolej Matrikulasi Johor telah diadakan pada 26-27 September 2024 di Perpustakaan KMJ untuk para pelajar sesi pengajian 2024/2025. Perkembangan Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) Dan AI memberikan kesan secara langsung dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan khususnya yang menjadi asas kepada penyediaan tenaga kerja. Selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia 60 % Sains dan 40 % Sastera dengan adanya Karnival Pendidikan dan Kerjaya ini, pelajar-pelajar dapat mengumpul maklumat kerjaya yang ada di pasaran dan seterusnya merancang dari sekarang apa yang diperlukan oleh sesuatu kerjaya.

Karnival Pendidikan Kerjaya ini juga menjadi medan saluran input berkaitan syarat terkini kemasukan setiap Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada semua pelajar. Sepanjang karnival ini berlangsung, semua IPT yang dijemput berpeluang untuk mengadakan pameran berkaitan IPT berkenaan kepada pelajar di tapak pameran yang disediakan oleh urusetia PRD. Dalam program karnival kali ini, penglibatan kesemua Universiti Awam dan beberapa Universiti Swasta (GLU) turut sama diundang bagi memberikan info kepada warga pelajar KMJ.