Skip to main content

kemudahan

Bangunan Pentadbiran

Bangunan Pentadbiran

Bangunan Pentadbiran KMKt menempatkan pejabat pentadbiran, bilik Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, pejabat Hal Ehwal Pelajar, pejabat Unit Peperiksaan, pejabat Unit Kaunseling dan Kerjaya dan juga kubikel-kubikel pensyarah bagi semua unit akademik.

Baca selanjutnya …Bangunan Pentadbiran

  • Hits: 1361

Makmal Sains

Makmal Sains

Bangunan Makmal Sains menempatkan makmal-makmal untuk aktiviti amali pelajar bagi subjek Fizik, Kimia dan Biologi. Selain makmal, bangunan ini juga menempatkan bilik untuk penyimpanan alat radas dan bilik penyediaan bahan untuk tujuan amali.

Baca selanjutnya …Makmal Sains

  • Hits: 689

Bilik Hibrid

Bilik Hibrid

Terdapat 5 bilik hibrid yang mula beroperasi sepenuhnya di Kolej Matrikulasi Kelantan pada 15 Oktober 2023. Lokasi bilik-bilik hibrid adalah seperti berikut:

  1. Bilik Hibrid 1 – Makmal Bahasa 1
  2. Bilik Hibrid 2 – Makmal Bahasa 2
  3. Bilik Hibrid 3 – Makmal Biologi 7
  4. Bilik Hibrid 4 – Bilik Tutorial 10-1/11-1
  5. Bilik Hibrid 5 – Bilik Tutorial 13-1/14-1

Klik pautan di bawah bagi maklumat berkaitan:

  1. Lokasi/Unit, Peraturan & Mekanisme Penggunaan
  2. Sistem Tempahan Bilik Hibrid
  3. Video Tutorial Penggunaan
  4. Aktiviti Berkaitan

Baca selanjutnya …Bilik Hibrid

  • Hits: 882

Dewan Kuliah

Dewan Kuliah

Bangunan ini menempatkan 6 dewan kuliah yang merangkumi 2 Dewan Kuliah Besar (DKB) yang mampu memuatkan 250 pelajar setiap satunya dan 4 Dewan Kuliah Kecil (DKK) yang mampu memuatkan 150 orang pelajar bagi satu-satu masa. Aktiviti utama yang menggunakan Dewan Kuliah ini adalah Kuliah Akademik dan juga perjumpaan pelajar serta perhimpunan kakitangan Kolej.

Baca selanjutnya …Dewan Kuliah

  • Hits: 863

Kafetaria

Kafetaria

Terdapat 4 kafeteria pelajar yang terletak di antara kolej kediaman manaka satu kafeteria khusus untuk kakitangan yang terletak di bangunan pentadbiran.

Baca selanjutnya …Kafetaria

  • Hits: 988

Bangunan Tutoran

Bangunan Tutoran

Bangunan Tutoran menempatkan bilik-bilik tutoran yang merupakan pusat pembelajaran utama pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi Kelantan. Selain aktivi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pelbagai lagi lain yang melibatkan pelajar diadakan disini seperti mesyuarat persatuan, program kepimpinan, program kecemerlangan atau apa sahaja aktiviti selepas waktu pembelajaran rasmi.

Baca selanjutnya …Bangunan Tutoran

  • Hits: 669

Koperasi Kolej Matrikulasi Kelantan Berhad - KKMKB

Koperasi Kolej Matrikulasi Kelantan Berhad

Koperasi Kolej Matrikulasi Kelantan Berhad ditubuhkan pada 01 April 2023. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah :
Jualan makanan vendor, Jualan makanan ringan, Jualan Alat Tulis, Jualan Barangan Runcit, Servis Cetakan & fotostat.
  • Whats App Image 2025 05 08 At 4 16 42 PM

  • Whats App Image 2025 05 08 At 4 16 46 PM

  • Whats App Image 2025 05 08 At 4 16 47 PM 1

Baca selanjutnya …Koperasi Kolej Matrikulasi Kelantan Berhad - KKMKB

  • Hits: 989

Pusat Sumber

Pusat Sumber ( Ibnu Firnas )

Perpustakaan Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKT) ditubuhkan secara serentak dengan penubuhan Kolej Matrikulasi Kelantan pada 27 Oktober 2013 dan beroperasi sepenuhnya pada Jun 2014. Perpustakaan Matrikulasi dikenali sebagai Perpustakaan Ibnu Firnas. Perpustakaan Matrikulasi berada di bawah Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial. Perpustakaan Kolej Matrikulasi KELANTAN (KMKT) adalah perpustakaan akademik yang terhad kepada pelajar sains dan perakaunan,sains komputer dan Hifz Al-Quran. Pada masa ini, pengumpulan bahan bacaan yang terdapat di Perpustakaan Ibnu Firnas mengandungi 12504 koleksi keseluruhannya. Keluasan bangunan Perpustakaan 5826.01 meterpersegi.

MISI

Untuk memberi perkhidmatan berkualiti dalam membantu usaha pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

VISI

Menjadikan Perpustakaan Ibnu Firnas sebagai perpustakaan kolej yang cemerlang dari segi sistem pengurusan, amalan, profesionalisme dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar, pensyarah, dan kakitangan Kolej Matrikulasi Kelantan.

OBJEKTIF

  • Memberi sokongan kepada sistem pendidikan sebagai usaha untuk memperluas dan meningkatkan taraf pendidikan di kalangan pelajar KMKt dengan cepat dan tepat.
  • Menyediakan kemudahan rujukan dan prasarana fizikal serta keperluan maklumat kepada pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan KMKt bagi menggalakkan dan meningkatkan prestasi / sahsiah pelajar.
  • Menyediakan koleksi bahan Pusat Sumber untuk keperluan kepada seluruh warga KMKt.

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Pengguna Perpustakaan Kolej Matrikulasi Kelantan meliputi perkhidmatan pinjaman, rujukan dan penasihat pembaca, pendidikan pengguna dan perkhidmatan multimedia.

KEAHLIAN

  • Keahlian Perpustakaan adalah dibuka kepada semua pelajar, pensyarah dan staf Kolej Matrikulasi Kelantan.
  • Kelab Sahabat telah diwujudkan dalam Perpustakaan iaitu Sahabat Ibnu Firnas(SIF).
  • Kelebihan pelajar menjadi Sahabat ibnu Firnas adalah mereka boleh meminjam 4 nashkah buku selama 3 minggu manakala ahli lain dibenarkan meminjam 3 nashkah buku selama dua minggu.
  • Pensyarah dan staf dibenarkan meminjam buku sebanyak 4 nashkah buku selama sebulan.
  • Denda lewat memulangkan buku adalah RM 0.20 sehari.

Waktu Operasi

Hari Masa Operasi
Ahad – Rabu 8.00 pagi – 5.30 petang
Khamis 8.00 pagi – 4.30 petang
Jumaat – Sabtu Tutup

Baca selanjutnya …Pusat Sumber

  • Hits: 298