TATACARA MENARIK DIRI DARI MENJADI PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI

1️⃣ Pelajar yang ingin MENARIK DIRI daripada Program Matrikulasi hendaklah mengisi Borang Menarik Diri pada pautan ini.

2️⃣Bagi menuntut sepenuhnya yuran pendaftaran yang telah dibayar (full refund), pelajar yang mahu menarik diri perlu mengisi borang ini SEBELUM JAM 11.59 pm, 25 JULAI 2021.

3️⃣ Pastikan pelajar menyediakan dokumen² berikut untuk dimuatnaik dalam borang menarik diri:
⚠️Surat Tawaran Program Matrikulasi KPM
⚠️Surat Tawaran Institusi Lain/surat rawatan kesihatan (sekiranya berkaitan)
⚠️Salinan Kad Pengenalan Pelajar
⚠️Surat Sokongan Ibu bapa untuk menarik diri dari Program Matrikulasi
⚠️Salinan Slip Bayaran Yuran yang telah dibuat ke Akaun Kolej Matrikulasi Kelantan
⚠️Slip/penyata akaun bank PELAJAR bagi tujuan pembayaran semula (refund).

4️⃣Baca panduan pengisian borang dan pastikan semua data yang disi adalah BETUL sebelum menekan butang hantar

5️⃣ Selepas menekan butang HANTAR, keputusan penarikan diri pelajar adalah MUKTAMAD.

6️⃣ Dokumen asal yang telah dimuat naik juga perlu dipos ke alamat Kolej Matrikulasi Kelantan.

7️⃣ Yuran yang telah dibayar akan dikreditkan ke akaun PELAJAR (pastikan no account adalah betul) . Proses pembayaran balik akan mengambil masa 30 hari SELEPAS penerimaan dokumen² asal yang dipos ke kolej.


Klik DI SINI bagi mengisi borang menarik diri.

Sekian terima kasih