PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Kolej Matrikulasi Kelantan,

Dengan Penuh Tekad dan Iltizam Berikrar dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga dan Usaha Kami Untuk:

  1. Memastikan setiap pelajar yang telah mendaftar mendapat bilik penginapan yang lengkap, bersih dan selamat didiami pada hari pendaftaran.
  2. Memastikan jadual waktu disampaikan kepada setiap pelajar pada akhir sesi Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB).
  3. Memastikan dewan kuliah, bilik tutoran, makmal, perpustakaan dan perkakasan bahan bantu mengajar boleh digunakan.
  4. Memastikan kemudahan kokurikulum dan rekreasi pelajar berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
  5. Memastikan setiap pelajar mendapat tempat untuk menduduki ujian dan peperiksaan.
  6. Memastikan urusan perjawatan dan perkhidmatan kakitangan dilaksanakan dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan urusan berkenaan.
  7. Memastikan semua pelawat Kolej Matrikulasi Kelantan diberi layanan dalam tempoh lima belas minit.