Program Pengajian

Kolej Matrikulasi Kelantan menawarkan Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) dengan pengkhususan : –

  1.     Sains Hayat (Subjek teras : Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik);
  2.     Sains Fizikal (Subjek teras : Kimia, Fizik, Sains Komputer, Matematik); dan
  3.     Sains Komputer (Subjek teras : Kimia, Biologi, Sains Komputer dan Matematik) serta
  4.     Perakaunan (Subjek teras Ekonomi, Perakaunan. Pengurusan Perniagaan dan Matematik)

pelajar juga perlu mengambil  subjek WAJIB untuk semester I dan semester II iaitu:-

1. Bahasa Inggeris

2. Kokurikulum

3. Pengajian Am Matrikulasi

4. Pendidikan Islam/Moral

PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

Pencapaian akademik pelajar dinilai berdasarkan kaedah seperti berikut:
i. Penilaian Berterusan (PB) – tugasan individu/kumpulan, laporan amali, esei, pembentangan, ujian praktikal, forum dan lain-lain.
ii. Ujian Penilaian Sumatif (UPS).
iii. Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM).

Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) digunakan bagi menentukan pencapaian akademik pelajar.

PROSES PERMOHONAN

Mulai tahun 2021 pelajar lepasan SPM 2020 boleh memohon terus ke Program Matrikulasi KPM melalui https://matrikulasi.moe.gov.my.

Syarat-syarat permohonan dan maklumat lanjut program boleh dimuaturun disini