Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke laman web rasmi Kolej Matrikulasi Kelantan.

Kolej Matrikulasi Kelantan terletak kira-kira 4.8km dari bandar Kok Lanas. Ia telah beroperasi sejak 25 hb. Mei 2014 dengan pengambilan pertama seramai 1060 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari negeri Kelantan, Terengganu, Pahang Selangor dan Johor.Sepertimana juga kolej-kolej matrikulasi yang lain, kolej ini juga menempatkan pelajar-pelajar bukan bumiputera yang berjumlah 123 orang pada tahun tersebut.

Pembinaan kolej ini telah dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama melibatkan pembinaan   bangunan pentadbiran,   dewan kuliah, bilik tutoran, makmal, perpustakaan, asrama pelajar dan dewan serbaguna.

Ruang permainan untuk pelajar juga agak terhad kerana kemudahan padang permainan masih belum dibina. Walaubagaimanapun kemudahan permainan-permainan ‘in door’ seperti permainan badminton, squash dan basketball telah disediakan. Pihak kolej pada masa yang sama telah berusaha untuk mendapatkan peruntukan dari akaun wang amanah untuk menyediakan kawasan permainan yang memberi ruang kepada pelajar-pelajar bermain bola sepak, futsal dan juga padang sasar golf.

Dengan adanya kerjasama dan semangat sepasukan serta komitmen yang tinggi dalam kalangan seluruh warga kolej ini, saya yakin Kolej Matrikulasi Kelantan mampu bersaing dengan kolej-kolej lain di seluruh Malaysia. Marilah sama-sama kita berdoa agar hasrat tersebut menjadi kenyataan.

Sekian.

NOR HASLIDA BINTI TAHIR

Pengarah

Kolej Matrikulasi Kelantan