Tafsiran Warna

Merah
Keberanian warga kolej menghadapi cabaran untuk tampil sebagai sebuah institusi pendidikan yang unggul.

Putih
Kesucian, ketelusan dan ketulusan warga kolej dalam melaksanakan visi dan misi kolej.

Biru
Permuafakatan dalam kalangan warga KMKt ke arah peningkatan pembelajaran profesional.

Kuning
Menjunjung prinsip Rukun Negara dan Raja Berperlembagaan.

Tafsiran Bentuk

Bentuk berlian besar melambangkan keteguhan jati diri warga KMKt.

Segiempat di tengah melambangkan kekuatan rohani yang menjadi pendokong kepada pencapaian visi, misi, matlamat dan objektif KMKt.

Segi empat kecil di puncak melambangkan visi, misi, moto dan objektif KMKt.

Empat garisan jalur melambangkan semua pihak berusaha untuk mencapai matlamat yang sama demi kepentingan organisasi