Makluman kepada semua pelajar yang mendaftar di Kolej Matrikulasi Kelantan bagi sesi 2021/2022, sila pastikan akaun DELIMA (akaun google yang di dapati di sekolah) boleh digunakan. Sebarang masalah seperti lupa password, hendaklah menghubungi pihak sekolah anda.

Bagi pelajar daripada MRSM atau sekolah aliran agama, akaun DELIMA anda akan di serahkan selepas mendaftar di KMKt. Sementara menunggu proses mendapatkan akaun DELIMA, pastikan anda mempunyai akaun google personal yang memaparkan profile nama sebenar anda.

Akaun DELIMA adalah akaun rasmi semua pelajar di KMKt untuk pembelajaran secara online bagi sesi 2021/2021 terutamanya yang melibatkan ujian dan peperiksaan.