Tema Webinar PLC 2020 ini ialah Memacu Pengajaran dan Pembelajaran ke arah Ekosistem Digital. Webinar PLC 2020 ini adalah selari dengan tema yang dipilih untuk membudayakan pembentangan atas talian. Webinar ini diharapkan dapat menjadi landasan pembudayaan penyelidikan dan intelektual dalam kalangan warga pendidik di kolej matrikulasi. Hasil perkongsian amalan PdP terbaik dalam webinar ini boleh diadaptasi dan diinovasi mengikut kesesuaian kolej matrikulasi masing-masing.