Bangunan ini menempatkan 6 dewan kuliah yang merangkumi 2 Dewan Kuliah Besar (DKB) yang mampu memuatkan 250 pelajar setiap satunya dan 4 Dewan Kuliah Kecil (DKK) yang mampu memuatkan 150 orang pelajar bagi satu-satu masa. Aktiviti utama yang menggunakan Dewan Kuliah ini adalah Kuliah Akademik dan juga perjumpaan pelajar serta perhimpunan kakitangan Kolej.